DigitalHadith - Kitab Ilmu APK

Version 1.0.7 - my.dh
books,reference,digitalhadith

APP Information

Download Version 1.0.7 (10007)
Apk Size4.62 MB
App DeveloperIshak Suliaman
Malware CheckTRUSTED
Install on Android4.1.x and up
App Packagemy.dh.apk
MD5748a9c1aeee444fa2f462fc450c27d64
Rate5

Download DigitalHadith - Kitab Ilmu 1.0.7 APK

App Description

DigitalHadith - Kitab Ilmu is books,reference,digitalhadith, content rating is Everyone (PEGI-3). This app is rated 5 by 1 users who are using this app. To know more about the company/developer, visit Ishak Suliaman website who developed it. my.dh.apk apps can be downloaded and installed on Android 4.1.x and higher Android devices. The Latest Version of 1.0.7 Available for download. Download the app using your favorite browser and click Install to install the application. Please note that we provide both basic and pure APK files and faster download speeds than APK Mirror. This app APK has been downloaded 68+ times on store. You can also download my.dh APK and run it with the popular Android Emulators.

“DigitalHadith" merupakan satu aplikasi yang dihasilkan dari projek penyelidikan Universiti Malaya yang dibiayai oleh UMRG (University Malaya Research Grant):  RP003B-14HNE yang bertajuk “Preserving The Authenticity of The Digital Hadith" atau diterjemahkan sebagai “Memelihara Autentisiti Hadith Digital". Projek ini dimulakan pada Julai  2014 yang juga merupakan salah satu dari projek utama yang bertajuk “Preserving the Authenticity of the Digital Quran & Hadith".  

Tujuan utama projek penyelidikan  DigitalHadith  ini ialah untuk memaparkan Hadith yang autentik yang berasaskan tema atau topik tertentu dari aspek teks atau nass, terjemahan, visual sanad Hadith atau rangkaian perawi Hadith, keterangan fiqh Hadith serta teks-teks Hadith palsu yang terpilih. Sebagai satu permulaan bagi membina aplikasi baru DigitalHadith, maka tema atau topik “ilmu” telah dipilih sebagai topik pertama bagi pengisian data yang bersumberkan kepada kitab-kitab utama Hadith yang dikenali sebagai al-Kutub al-Sittah.

Bagi topik atau tema ilmu di dalam aplikasi ini, terdapat 76 teks Hadith Sahih dengan 51 bab atau tema khusus yang bersumberkan dari Kitab Sahih al-Bukhari. Di samping itu terdapat 30 teks Hadith Sahih dengan 6 bab atau tema khusus yang bersumberkan Sahih Muslim. Bagi tema ilmu di dalam aplikasi ini, terdapat juga sumber dari Sunan Abi Dawud yang mengandungi 28 teks Hadith dengan 13 bab atau tema khusus. Manakala sumber dari Sunan al-Tirmidhi terdapat 43 teks Hadith dengan 19 bab atau tema khusus yang berkaitan dengan ilmu. Justeru jumlah keseluruhan teks Hadith autentik yang berkaitan dengan topik atau tema ilmu yang bersumberkan rujukan dari al-Kutub al-Sittah ialah sebanyak 177 teks Hadith. Rujukan utama al-Kutub al-Sittah yang bercetak  bagi aplikasi ini ialah Mausu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, terbitan Dar al-Salam, Riyad, Arab Saudi cetakan 2012 khususnya dari aspek autentik teks Hadith. Dari aspek autentik terjemahan teks Hadith, banyak buku-buku terjemahan teks Hadith dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang dirujuki dan diteliti semula dengan kitab-kitab Sharh al-Hadith yang berkaitan dengan kitab-kitab di dalam al-Kutub al-Sittah. Dari aspek visualisasi dan keterangan Sanad al-Hadith yang terdapat di dalam aplikasi ini, beberapa kitab Sanad al-Hadith yang utama telah dirujuki. Manakala dari aspek Fiqh al-Hadith atau pengajaran dari teks Hadith, beberapa kitab Sharh al-Hadith telah dirujuki. Kemudian dilakukan proses terjemahan dalam bentuk ringkasan dan diedit lagi bagi dipaparkan terjemahan yang autentik dan mudah difahami khususnya di dalam Bahasa Melayu.

Peringkat membina aplikasi andriod pula merupakan proses yang agak rumit dan memakan masa hampir  setahun dengan pihak pembangun aplikasi. Justeru gabungan metode perpustakaan yang melibatkan analisis data dan metode teknikal bagi merekacipta satu aplikasi andriod khusus di peringkat awal ini merupakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cukup bermakna bagi kumpulan penyelidik HadithDigital.

Bagi melangkapkan paparan aplikasi ini dengan teks dan huraian Hadith bertemakan ilmu yang autentik, maka dipaparkan juga Hadith palsu atau Mawdu' sebanyak 154 teks dengan 67 bab atau topik khusus yang berkaitan dengan ilmu.

Sehubungan dengan itu, aplikasi DigitalHadith ini akan terus dikemaskini dari aspek kandungan dan paparannya bagi tujuan penambahbaikan berterusan dari pihak kumpulan penyelidik HadithDigital yang diketuai oleh Prof.Madya Dr Ishak Suliaman. Projek ini memerlukan sokongan yang berterusan  dari pencinta ilmu pengetahuan khususnya yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sebarang komentar dan cadangan boleh dihantar ke email [email protected] atau [email protected].

 

App ChangeLog

  • *update about information

App Screens

DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 1DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 2DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 3DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 4DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 5DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 6DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 7DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 8DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 9DigitalHadith - Kitab Ilmu App Screen 10

bXktZGgtMTAwMDctMjI3MTYxODctNzQ4YTljMWFlZWU0NDRmYTJmNDYyZmM0NTBjMjdkNjQ.apk
Name:my-dh-10007-22716187-748a9c1aeee444fa2f462fc450c27d64.apk
Name:my.dh.apk

Apk scan results


Apk Scaned By TotalVirus Antivirus,my.dh.apk Was Risky.Detected 1 From 55 Scan.
Scan Stats:harmless:0|type-unsupported:11|suspicious:0|confirmed-timeout:0|timeout:0|failure:1|malicious:0|undetected:62|
Name:bXktZGgtMTAwMDctMjI3MTYxODctNzQ4YTljMWFlZWU0NDRmYTJmNDYyZmM0NTBjMjdkNjQ.apk
Name:my-dh-10007-22716187-748a9c1aeee444fa2f462fc450c27d64.apk
Name:my.dh.apk SHA-1:092dc0d595d9fdfbf9acdd6401504dd5f26b9b77 SHA-256:90be108740cc99c72fd84afd0ceef8856af00c888cab878c23486b9505f96e8b SSDEEP:98304:cudiGNIrERGlV5SRJRQ4fjGj9UZhb3zBKGWDCP+ZFWjCf3ipLS7trVAy61CNwZIm:CnrER2Vm+4j1hDsGHP+ZIboJAXat4BKA File type:Android Magic:Zip archive data, at least v2.0 to extract File size:4839444 Uncompressed Size:10908216 Contained Files :333 Contained Files By Type:dex:1,map:5,MF:1,ico:1,cur:2,zip:1,md:2,css:63,svg:7,xml:2,RSA:1,otf:2,js:82,gif:8,jpg:2,eot:7,SF:1,txt:3,ttf:7,png:59,php:21,

Older Versions

More Android Apps to Consider

Google Play Reviews

  1. Timmy-avatar

    Timmy

    A very wonderful app for hadith. I love it!!

  2. A Google user-avatar

    A Google user

    Good app for whom studying takhrij hadith

  3. Electronic Control & Automation-avatar

    Electronic Control & Automation

    Very good book translation, I wish you will translate the books of Imam Syafi'i, AlUmm dan Arrisalah. Thanks Jazakumullahu Khairan

  4. Muhammad Azmi Ismail-avatar

    Muhammad Azmi Ismail

    Update yang terakhir adalah pada May 2017. Pihak penyelidik dan pembangun aplikasi ada penambahbaikan dalam tahun 2018?

  5. A Google user-avatar

    A Google user

    terbaik

  6. zulkefli ahmad-avatar

    zulkefli ahmad

    Great app

  7. zakwan arshad-avatar

    zakwan arshad

    Nicee

  8. Rand0m Miz3r-avatar

    Rand0m Miz3r

    Mohon disegerakan proses penyiapan hadis2 ini secara lengkap kerana anda semua telah ada dana, resource dan tenaga kerja. Sepatutnya xperlu ambik masa sehingga 5 tahun utk menyiapkan projek ini.

  9. HASHIM RIDZUAN-avatar

    HASHIM RIDZUAN

    ada yang perlu diperbetulkan sila buat semakan semula

  10. House of Ibnu Bukhari-avatar

    House of Ibnu Bukhari

    Alhamdulillah, beberapa perkara boleh diperbaiki dari masa ke semasa khususnya kajian ke atas sanad hadits² dalam Kutub as-Sittah kemudian masalah teknikal hendaklah diperbaiki. Saya mengambil contoh aplikasi Ensiklopedi Hadits dari Indonesia antara yang mendahului usaha ini. Syabas teruskan usaha ini semoga Allah عز زجل memudahkan usaha anda & ganjaran yang besar dariNya.